'Muja, macam mana nak jadi pandai macam mung?'
Sahabat daripada terengganu tanya aku.
Sungguh-sungguh dia tanya.
Macam biasa, aku just kata aku tak pandai ah.
'Aku nak result PMR aku molek! Ajar aku dehh'
Kalau ada masalah dalam akademik dia tanya aku.
Selalu dia rujuk aku. Malam-malam masa prep dia jumpa aku.
Dia kurang pandai. Tapi dia usaha nak pandai.
'Muja, bukan gitu sepak bola. Gini haa.'
Aku memang hampeh main futsal.
Ramai je yang gelakkan aku.
Tapi dia je yang selalu ajar aku.
Dia spend masa ajar aku.
Dia selalu ajak aku main futsal.
'Lama-lama mung pandai ah.'
Allah bagi kelebihan kat dia dalam hafalan Quran.
Hafalan quran dia banyak dan dia amat komited nak jadi Al-Hafiz.
Al-Quran selalu kat tangan dia. Macam sahabat baik dia dah.
Walaupun selalu melepak dan main futsal, Al-Quran prioriti dia.
Result PMR dia tak bagus mana. Tapi dia tetap bersyukur.
Then aku masuk KISAS, dia stay kat sekolah Tahfiz di mana kami bertemu.
SMU(A)Al-Kauthar. di sana kami bertemu, di sana juga kami berpisah.
'Muja, aku nak masuk KISAS. aku nak ambik STAM.'
Dia inbox kat Facebook.
Ehh kenapa tetiba ni.
'Aku nak jadi macam mung.'
Eh Alhamdulillah dia nak masuk KISAS
Aku happy. Aku offer nak handle dia boleh masuk KISAS
Pastu aku dah lama tak contact dia.
Lebih kurang beberapa bulan.
Tetiba pagi tadi phone ringing.
Azim call.
'Wehh Muja, Abrar meninggal dunia pagi tadi.'
'Abrar mana ni?'
'Abrar mana lagi? Abrar kauthar ah.'
'Abrar kena langgar bas masa on the way balik daripada masjid.'
Abrar?
What?
Menangis. Aku menangis.
Innalillahi wa inna ilaihi raji'uun.
Mustahil.
Dia masih muda. Baru 17 tahun.
Mana mungkin dia mati!
Itu getus dalam hati aku.
Aku tidak percaya khabar itu.
Tak masuk logik akal aku!
Tapi,
Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati (Ali Imran: 185)
Siapa kata mati masa tua kerepot je?
Silap. Sungguh aku silap!
Aku tengok status Facebook dia, tak sabar tunggu 20.3.2014
Dia excited nak ambik result SPM.
Dia yakin result dia gempak!
Mungkin selepas dia berusaha sungguh-sungguh untuk SPM.
Bersungguh untuk bangkit setelah tewas dalam PMR.
Aku tahu dia memang berusaha betul untuk SPM.
Tapi,
Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati (Ali Imran: 185)
Aku tahu itu.
Aku maklum aku akan mati.
Aku hafal ayat itu.
Tapi,
Apa yang aku fikir sekarang?
Apa yang berlegar dalam otak aku sekarang?
Apa yang aku fikir sekarang SPM SPM SPM!
Mati aku tak fikir langsung.
Aku tak kesah langsung.
Mati aku tahu ke bila?
Apakah aku dah sedia nak mati?
Aku ni yakin gila aku mati lepas result SPM.
Aku macam yakin 100% yang aku mati lepas SPM.
Padahal,
Mati bila-bila.
Boleh 5 saat lagi.
Boleh 5 jam lagi.
Namun mengapakah aku amat yakin aku mati lepas ambik result SPM?
Astaghfirullah.
Abrar,
6 hari lagikan kita nak ambik result?
Tapi Abrar tak tahu dia mati hari ini.
Ketentuan Ilahi dia mati hari jumaat.
Benar. Hari Jumaat.
MasyaAllah hari jumaat.
Moga Allah bagi Syurga kat Abrar.
Ada berkat Abrar meninggal dunia hari ini.
mati dalam pakaian ke Masjid.
mati dalam pakaian Sunnah.
mati setelah solat subuh di Masjid
Aku doakan kau Syahid Abrar!
Aku doakan kau jadi Ahli Syurga.
Tunggu aku.
Aku akan menyusuli.
Dengan title Syahid InshaaAllah.
Mohon sedekah Al-Fatihah untuk Abrar b Abd Zaman @ Bakri
Nukilan tangisan daripada Sahabatmu,
Mujahid Aiman.